Bernie Sanders | |
---|---|
![]() | |
Senator Amerika Syarikat dari Vermont | |
Menyandang jawatan 3 Januari 2007 Berkhidmat with Peter Welch | |
Didahului oleh | Jim Jeffords |
Pengerusi Jawatankuasa Bajet Senat | |
Menyandang jawatan 20 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Mike Enzi |
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Veteran Senat | |
Dalam jawatan 3 Januari 2013 – 3 Januari 2015 | |
Didahului oleh | Patty Murray |
Digantikan oleh | Johnny Isakson |
Ahli Dewan Perwakilan A.S. dari Vermont | |
Dalam jawatan 3 Januari 1991 – 3 Januari 2007 | |
Didahului oleh | Peter Plympton Smith |
Digantikan oleh | Peter Welch |
Datuk Bandar Burlington | |
Dalam jawatan 6 April 1981 – 4 April 1989 | |
Didahului oleh | Gordon Paquette |
Digantikan oleh | Peter Clavelle |
Pengerusi Parti Kesatuan Kebebasan | |
Dalam jawatan 1972–1979 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Bernard Sanders 8 September 1941 Brooklyn, Bandar Raya New York |
Kewarganegaraan | Amerika Syarikat |
Parti politik | Bebas (2020-kini) Demokrat (2015-2016, 2019-2020) Kesatuan Kebebasan (1970-1977) |
Gabungan politik lain | Progresif (1981-kini) |
Pasangan | Deborah Shiling (1964–1966) Jane O'Meara Driscoll (1988–sekarang) |
Anak | Levi (bersama Susan Mott) 3 anak tiri |
Tempat belajar | Universiti Chicago |
Tandatangan | ![]() |
Laman web | Laman web Senat |
Bernard "Bernie" Sanders (lahir 8 September 1941) ialah seorang ahli politik dan senator kanan Amerika Syarikat dari Vermont. Seorang ahli Parti Demokrat sejak tahun 2015,[1] beliau adalah ahli politik bebas yang berkhidmat paling lama dalam sejarah Kongres Amerika Syarikat. Sanders kini menjadi pengerusi Jawatankuasa Belanjawan Senat sejak Januari 2021. Beliau pernah mencalonkan diri sebagai Presiden Amerika Syarikat sebanyak dua kali sebagai calon Demokrat namun gagal pada 2016 serta 2020. Beliau ialah salah seorang daripada dua senator bebas di senat, bersama-sama Kyrsten Sinema dari Arizona dan Angus King dari Maine yang juga kaukus dengan Demokrat bersama Sanders.
Sanders lahir dan dibesarkan di Brooklyn, Bandar Raya New York. Beliau menamatkan pengajian dari Universiti Chicago pada tahun 1964. Sebagai ahli politik Bebas, beliau dilantik sebagai datuk bandar Burlington, Vermont pada tahun 1981. Beliau telah dipilih semula sebanyak tiga kali. Pada tahun 1990, beliau dilantik untuk mewakili daerah Vermont di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. Beliau berkhidmat sebagai ahli kongres selama 16 tahun sebelum dipilih ke dalam Senat Amerika Syarikat pada tahun 2006. Pada tahun 2012, beliau telah dipilih semula dengan margin yang besar. Sanders telah lama mengkritik dasar luar Amerika Syarikat dan merupakan pengkritik awal dan lantang terhadap Perang Iraq.
Sanders arrived at the State House... accompanied by Raymond Buckley, chairman of the New Hampshire Democratic Party, who was there to support Sanders' filing in case any challenges were made to his status as a member of the party. None occurred.