Bes, berdasarkan takrifan IUPAC, ialah bahan yang mempunyai sepasang elektron untuk mengikat proton (H+). Dalam kejuruteraan kimia, bes adalah bahan yang menerima proton dalam tindak balas kimia, dan kebanyakan bes merupakan agen penurunan yang kuat. Secara khusus, bes menerima ion hidronium apabila larut dalam air (penerima proton). Alkali ialah sejenis bes yang khusus, yakni bes dalam persekitaran berair tatkala ion hidroksida (OH-) didermakan. Bes dan asid dilihat berlawanan kerana kesan asid ialah meningkatkan kepekatan ion hidronium (H3O+) dalam air, manakala bes pula mengurangkan kepekatan ini. Bes Arrhenius adalah terlarut dalam air dan larutan ini sentiasa mempunyai pH lebih tinggi daripada 7.