Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Beto Kusyairy

Beto Kusyairy
Beto di set penggambaran filem CEO.
Kelahiran
Nurkusyairy Zakuan bin Osman

(1980-02-19) 19 Februari 1980 (umur 44)
PendidikanDiploma Perhotelannya
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2000–kini
PasanganTisha Shahar (k. 2008)

NurKusyairy Zakuan Osman (lahir 19 Februari 1980) atau lebih dikenali sebagai Beto Kusyairy ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.[1] Beto memulakan kerjaya hiburan sebagai maskot untuk rancangan televisyen pendidikan RTM, Along sebelum membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Syaitan pada 2007.

Beliau kemudian mencapai kejayaan komersial menerusi beberapa filem terkenal termasuk Chow Kit (2012), Istanbul Aku Datang! (2012), CEO (2014), Gila Baby (2014), Bisik Pada Langit (2017), Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022), Imaginur (2023) dan Reversi (2024). Selain itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Kekasihku Seru (2008), Juvana (2011), Jangan Ambil Padang Kami (2012), Hanya Padamu (2013)[2] dan KL Gangster: Underworld (2018-2020).

Menerusi persembahannya dalam Gila Baby, Beto telah memenangi Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2015 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2015.

  1. ^ Syanty Octavia Amry (19 September 2017). "'Watak ringan pun mencabar'". Harian Metro. Dicapai pada 19 September 2017.
  2. ^ Arina Azlan (19 September 2017). "Beto bertahan demi minat". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-08. Dicapai pada 19 September 2017.

Previous Page Next Page






Beto Kusyairy English Beto Kusyairy ID

Responsive image

Responsive image