Blitzkrieg (Bahasa Jerman untuk "serangan kilat") merupakan doktrin ketenteraan tahap-operasi yang menggunakan pasukan tentera bagi membuat serangan mengejut dan pantas bagi menghalang musuh daripada mengatur pertahanan bersepadu. Blitzkrieg dikembangkan pada tahun-tahun selepas Perang Dunia I, sebagai kaedah menghalang peperangan parit yang statik semasa Perang Dunia I. Ia berkembang daripada doktrin lebih awal "Tembak dan Menyusup" yang dimajukan pada abad ke 19 oleh Staf Jeneral dari Prussia, terutamanya oleh Leonhard Graf von Blumenthal dan digunakan dengan berkesan oleh Moltke. Ia kemudiannya digunakan oleh Wehrmacht Jerman dalam Perang Dunia II.
Operasi pada awal peperangan—penjajahan Poland, Perancis, dan Soviet Union—amat berkesan, disebabkan kejutan, ketidak sediaan pihak musuh dan doktrin lebih baik Jerman. Pihak Jerman berhadapan dengan pasukan yang lebih ramai dan kenderaan yang lebih baik dari segi teknikal dalam penjajahan Perancis, membuktikan dari awal lagi keberkesanan taktik dan strategi mereka. Dari kemuncak ini, kekuatan Wehrmacht bertambah lemah. Heinz Guderian, pencipta Blitzkrieg, dilucutkan jawatannya pada 25 Disember 1941, kerana memerintah pengunduran yang bertentangan dengan perintah "tabah bertahan" oleh Hitler. Selepas saat ini, Blitzkrieg digunakan secara berkurangan, dan tidak lama kemudian pihak Jerman berada dalam keadaan bertahan. Semenjak 1943 dan seterusnya, operasi blitzkrieg Jerman biasanya operasi serangan balas pertahanan dan sejumlah kecil serangan yang kebanyakannya gagal.
Kaedah operasi blitzkrieg memusat pada penggunaan pergerakan bukannya peperangan meleret untuk mengalahkan saingan. Blitzkrieg dengan itu memerlukan pemusatan aset berperisai sebagai titik tumpunya, disokong rapat oleh infantari mudah-alih, artileri dan aset sokongan udara dekat (close air support). Taktik ini memerlukan pembangunan kenderaan sokongan khas, kaedah baru berkomunikasi, taktik tentera yang baru, dan kehadiran struktur perintah bertabur. Secara umum, operasi blitzkrieg memerlukan kemajuan infantari mekanize kalmechanised infantry, self-propelled artillery dan aset kejuruteraan yang mampu mengekalkan kadar kemaraan kereta kebal. Pasukan Jerman mengelakkan pertempuran berhadapan dan sebaliknya cenderung mengganggu komunikasi, membuat keputusan, logistik, dan moral musuh. Dalam pertempuran, blitzkrieg memaksa pasukan bertahan yang lebih perlahan kepada poket pertahanan yang dikelilingi dan kemudiannya dimusnahkan oleh infantari Jerman yang menurut di belakang.