Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


BoBoiBoy: The Movie

BoBoiBoy: The Movie
Poster pawagam Malaysia
PengarahNizam Razak
PenulisNizam Razak
Anas Abdul Aziz
DibintangiNur Fathiah Diaz
Anas Abdul Aziz
Nizam Razak
Dzubir Mohamed Zakaria
Azman Zulkiply
Nur Intan Syuhadah
Yap Ee Jean
Orked Shazwan
Wong Wai Kay
Usamah Widiatmoko
Muzik olehYuri Wong
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Grand Brilliance
DNA Studios
Tarikh tayangan
  • Malaysia 3 Mac 2016
  • Brunei 3 Mac 2016
  • Singapura 18 Mac 2016
  • Indonesia 13 April 2016
Masa tayangan
102 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM5 juta[1]
Pecah panggungRM20 juta[2]

BoBoiBoy: The Movie (asalnya BoBoiBoy: Sfera Kuasa[3]) ialah sebuah filem aksi komedi adiwira animasi Malaysia tahun 2016 yang diarahkan oleh Nizam Razak. Filem ini merupakan filem pertama yang telah diterbitkan oleh Monsta Studios, berdasarkan siri TV BoBoiBoy.

Ceritanya berkisar tentang BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang mengembara ke sebuah pulau misteri untuk mencari Ochobot selepas dia diculik oleh sekumpulan makhluk asing pemburu harta karun. mempunyai kuasa tak terhingga dan lebih tua daripada Ochobot. Misi mereka membawa BoBoiBoy bertemu musuh yang paling hebat setakat ini, seorang pemburu harta karun yang ingin menggunakan Sfera Kuasa itu untuk kepentingan tamaknya sendiri.

Filem ini telah ditayangkan di pawagam Malaysia Singapura dan Brunei pada 3 Mac 2016, dan 13 April 2016 di Indonesia.[4] Filem ini merupakan filem animasi tempatan dengan kutipan yang tertinggi sebelum diatasi oleh Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Sebuah filem kedua, BoBoiBoy Movie 2 telah ditayangkan 8 Ogos 2019.

  1. ^ "Nizam Razak percaya kekuatan BoBoiBoy Diarkibkan 2016-02-04 di Wayback Machine" Sinar Harian. 30 January 2016. Retrieved on 10 February 2016.
  2. ^ "Boboiboy beats Ola Bola for fourth spot in box office list after hitting RM16 million mark" New Straits Times Online. 11 April 2016. Dicapai pada 12 April 2016.
  3. ^ "Laman Web Countdown BoBoiBoy Sfera Kuasa". Animonsta Studios. Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 17 November 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ https://www.nst.com.my/news/2016/03/132325/boboiboy-movie-smashes-rm5-million-box-office-mark

Previous Page Next Page






BoBoiBoy: The Movie English BoBoiBoy: The Movie French BoBoiBoy: The Movie ID โบบอยบอย เดอะมูฟวี่ Thai BoBoiBoy: The Movie VI

Responsive image

Responsive image