![]() |
Rencana ini sebahagian dari siri |
Masakan Korea 한국 요리 조선 료리 |
---|
Bokkeum | |
---|---|
![]() Kkomjangeo bokkeum, dibuat dari ikan hag pantai | |
Nama Korea | |
Hangul | 볶음 |
Perumian Semakan | bokkeum |
McCune–Reischauer | pokkŭm |
Bokkeum ialah istilah umum yang merujuk pada masakan Korea yang dibuat dengan menggoreng kilas bahan dalam sos.[1] Menurut kamus Korea, bentuk kata kerja bokkeum, "bokkda" (볶다) bermaksud "memasak bahan kering di atas haba". Walau bagaimanapun, bokkeum bukan hanya merujuk pada menggoreng kilas bahan yang kering, tetapi turut bermaksud makanan bersama sos pekat selepas memasaknya. Makanan yang sebelumnya dipanggil geonyeol bokkeum (건열볶음 makanan goreng kilas kering) dan yang kemudiannya dipanggil seupyeol bokkeum (습열볶음, makanan goreng kilas basah) dengan menggunakan maksud harfiah Korea.[2]