Columbia sedang dipindahkan ke pad pelancaran 39A sebelum dilancarkan pada STS-107 | |
OV-102 | |
---|---|
Gelaran Kenderaan Pengorbit: | OV-102 |
Negara: | Amerika Syarikat |
Anugerah kontrak: | 26 Julai, 1972 |
Dinamakan selepas: | Robert Gray’s Columbia Rediviva |
Penerbangan Pertama: | STS-1 12 April, 1981 - 14 April, 1981 |
Penerbangan Terakhir: | STS-107 16 Januari, 2003 – 1 Februari, 2003 |
Bilangan Misi: | 28 |
Anak Kapal: | 160 |
Masa dihabis di angkasa: | 300.74 hari |
Bilangan orbit: | 4,808 |
Jarak Perjalanan : | 125,204,911 batu (201,497,772 km) |
Bilangan Satelit diatur: | 8 |
Berlabuh diMir: | 0 |
Berlabuh di ISS: | 0 |
Status: | Musnah 1 Februari, 2003 |
Bolak balik angkasa Columbia (Designasi Kenderaan Pengorbit NASA: OV-102) merupakan bolak balik angkasa pertama dalam armada orbit NASA yang berjaya dilancarkan. Misi pertamanya, STS-1 dilaksanakan pada 12 April sehingga 14 April, 1981. Pada 1 Februari, 2003 semasa misi ke-28, Columbia telah meletup di ruang udara Texas semasa hendak memasuki semula atmosfera, dan membunuh kesemua tujuh anak kapalnya.
Sepanjang sejarahnya, Columbia telah melakukan 28 penerbangan, menghabiskan masa selama 300.74 hari di angkasa, melakukan 4,808 kali orbit dan terbang sejauh 201,497,772 km, termasuk misi terakhirnya.