Budaya popular (Tulisan Jawi: بوديا ڤوڤولر) atau budaya pop merupakan keseluruhan sikap, buah fikiran, bayangan, sudut pandang, dan peristiwa yang berada dalam lingkungan budaya arus perdana, terutamanya budaya Barat pada pertengahan abad ke-20 dan kemunculan arus perdana globalisasi pada akhir abad ke-20 dan abad ke-21. Pembudayaan ini banyak dipengaruhi oleh media massa yang meresap ke dalam kehidupan seharian masyarakat. Kategori budaya pop yang paling biasa ialah: hiburan (filem, muzik, televisyen, permainan), sukan, berita (orang/tempat dalam berita), politik, fesyen/pakaian, teknologi, dan slanga.[1] Budaya popular ternyata suatu cara untuk mempengaruhi sikap seseorang terhadap topik tertentu.[2]
Budaya popular sering dilihat sebagai menjadi remeh-temeh dan pembodohan demi mencari penerimaan umum arus perdana. Hasilnya, budaya pop dilemparkan dengan kritikan berat daripada pelbagai sumber bukan arus perdana (terutamanya daripada kumpulan agamawan dan budaya saingan) yang menganggap budaya pop itu dangkal, memperalatkan pengguna, menggemparkan, dan/atau mencemarkan.[3][4][5][6][7]