Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Bufet

Bufet makan malam di Americus Hotel

Bufet [bu-fé; pinjaman Perancis: buffet] atau makanan berselerak ialah kaedah penyajian makanan di mana makanan ditempatkan di kawasan umum yang boleh dikunjung dan dilihat orang ramai melayani diri sendiri mendapatkan makanan diingini.

Bufet biasanya menawarkan hidangan panas, namun penyajian hidangan sejuk juga adakalanya wujud dalam sesetengah situasi; kedua-dua jenis penyajian ini disediakan bersama pinggan mangkuk dan sudu garfu. Ada juga penjamuan pelbagai makanan bersaiz kecil dan mudah dimakan hanya dengan tangan (finger buffet) termasuk kek cawan, kepingan piza, makanan pada batang koktel, dan sebagainya.

Kaedah ini ditawarkan di pelbagai tempat termasuk hotel, restoran dan banyak acara sosial seperti kenduri. Malah; ada juga restoran bufet khusus yang lazim menawarkan pelbagai jenis hidangan yang boleh dipilih dalam harga yang ditetapkan - rumah makan nasi padang dan warung nasi campur merupakan antara contoh lazim di Nusantara.


Previous Page Next Page






مقصف Arabic বুফে Bengali/Bangla Bufet (àpat) Catalan Фуршет CV Bwffe CY Buffet Danish Büfett (Speise) German Buffet English Bufedo EO Bufé Spanish

Responsive image

Responsive image