Bukan Kerana Aku Tak Cinta | |
---|---|
Genre | Drama Aksi Cinta Konflik Dendam |
Berdasarkan daripada | Bukan Kerana Aku Tak Cinta karya E-Man Sufi |
Format | Televisyen |
Ditulis oleh | Janjira Rozie Rashid Chinta Nadeesha |
Pengarah | Jamal Khan |
Dibintangi oleh | Nelydia Senrose Sharnaaz Ahmad Iqram Dinzly |
Lagu pembukaan | "Salahkah" nyanyian Rossa & Hafiz Suip |
Lagu penutup | "Salahkah" nyanyian Rossa & Hafiz Suip |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | bahasa Melayu |
Bilangan episod | 60 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jalena Rejab |
Penerbit | Ziela Jalil |
Tempoh siaran | 30 minit setiap episod |
Syarikat penerbitan | Pena Creative Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Mustika HD |
Julung kali ditayangkan di | ![]() |
Siaran asal | 9 Dec 2013 – 22 April 2014 (2 episod akhir) |
Kronologi | |
Mengikuti | Jodoh Itu Milik Kita |
Diikuti oleh | Kusinero Cinta |
Bukan Kerana Aku Tak Cinta merupakan sebuah drama televisyen sarat dengan konflik menyentuh perasaan. Kisah seorang cucu Tan Sri yang tergila-gilakan bekas ketua gengster menjadi paparan, bagaimanapun konflik mereka dilihat lebih menarik apabila diterjemahkan. Drama ini ialah adaptasi daripada sebuah novel dengan judul yang sama karya E-man Sufi, terbitan Pena Creative Sdn Bhd, dan ditayangkan di slot drama Astro Mustika HD dari 9 Disember 2013 sehingga 22 April 2014, setiap Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam. Ianya dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama.
Episod terakhir drama ini berjaya mendapat 800 ribu tontonan dan mencatat rekod tontonan tertinggi bagi saluran Astro Mustika.