Burger (Jawi: برڬر ) ialah sejenis hidangan yang terdiri daripada daging kisar diperisakan sedikit rempah sebelum dimasak sama ada digoreng, dikukus, dipanggang atau disalai, serta selalunya dihidangkan diapit roti khusus dibelah dua dengan pelbagai inti atau "topping". Selalunya daging burger diperbuat daripada daging lembu, melainkan jika dinyatakan sebaliknya[1].
Kata Inggeris asal hamburger juga merujuk kepada daging khusus untuk pemasakan burger yang dimasak.[2]. Perkataan hamburger diterbitkan dari nama bandar Hamburg dan langsung tidak merujuk kepada daging peha babi (ham dalam bahasa Inggeris).