Candi (Jawi: چندي ) adalah istilah di Nusantara terutamanya dalam Bahasa Jawa yang merujuk kepada sebuah tempat yang terbuat daripada batu yang lazimnya mempunyai kegunaan sebagai tempat sembahyang untuk penganut agama Hindu dan Buddha[1] Candi juga boleh menggambarkan betapa kuatnya pengaruh Hindu-Buddha di sesuatu tempat. Hal ini dapat diperlihat melalui karya ukiran atau arca yang terdapat pada dinding candi. Candi juga merujuk kepada monumen-monumen agama Hindu-Buddha yang telah wujud sebelum kedatangan agama Islam di Nusantara.
Di Malaysia, kuil tertua yang dipercayai ialah Lembah Bujang, Kedah, utara Malaysia Barat. Beberapa artifak telah ditemui dalam beberapa aktiviti arkeologi dan kini disimpan dalam Muzium Arkeologi Lembah Bujang.