Candu | |
---|---|
Nama botani | Candu |
Sumber tumbuhan | Papaver somniferum |
Bahagian tumbuhan | Susu getah |
Asal-usul geografi | Tidak pasti, kemungkinan Eropah Selatan |
Bahan aktif | |
Pengeluar utama | |
Pengguna utama | Seluruh dunia (#1: Eropah) |
Harga borong | AS$3,000 setiap kilogram (setakat pada 2002) |
Harga runcit | AS$16,000 setiap kilogram (setakat pada 2002) |
Status sah |
|
Candu (Jawi: چندو ) atau nama saintifiknya : Lachryma papaveris) ialah sejenis dadah yang terbentuk daripada lateks (susu getah kering) yang terhasil daripada menghancurkan lenggai-lenggai benih mentah sejenis bunga popi iaitu Papaver somniferum. Candu mengandungi sehingga 16% morfin, sejenis alkaloid opiat yang paling banyak diproses secara kimia untuk menghasilkan heroin untuk penjualan dadah haram. Damarnya juga mengandungi kodeina dan alkaloid bukan narkotik, seperti papaverina dan noskapina. Meconium dalam sejarah merujuk kepada kaitan, penyedian lemah yang dihasilkan dari bahagian lain pokok popi atau spesies popi yang seumpamanya. Penghasilan candu moden mencapai kemuncak pengeluaran selama beralaf-alaf, di mana sumber popi, kaedah pengeluaran dan pemprosesan, dan kaedah pengambilan menjadi semakin kuat.
Penanaman popi candu untuk makanan, anestesia, dan upacara keagamaan dipercayai mula sejak Zaman Neolitik. Tamadun-tamadun Sumeria, Assyria, Mesir, Minoan, Yunani, Rom, Farsi dan Empayar Arab masing-masing menggunakan candu secara meluas, kerana candu merupakan bentuk lega nyeri paling berkesan yang ada membolehkan pakar bedah kuno melakukan prosedur pembedahan yang berpanjangan. Candu disebut dalam salah satu teks perubatan paling penting dalam dunia silam, termasuk Papyrus Ebers serta penulisan Dioscorides, Galen, dan Ibnu Sina. Pengunaan perubatan meluas bagi candu mentah berterusan sepanjang berlangsungnya Perang Saudara Amerika sebelum ia digantikan dengan morfina dan penggantinya yang boleh dicucuk pada dos yang diukur dengan jitu. Morfina buatan Amerika masih dihasilkan terutamanya dengan popi yang ditanam dan diproses di India dalam kaedah tradisional dan kekal sebagai pelega kesakitan piwaian bagi mangsa perang.