Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Captain America: The Winter Soldier

Captain America: The Winter Soldier
PengarahAnthony Russo
Joe Russo
Lakon layarChristopher Markus
Stephen McFeely
BerdasarkanCaptain America oleh
Joe Simon
Jack Kirby
Dihasilkan olehKevin Feige
Dibintangi
SinematografiTrent Opaloch
Disunting oleh
  • Jeffrey Ford
  • Matthew Schmidt
Muzik olehHenry Jackman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios
Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 13 Mac 2014
    (Teater El Capitan)
  • 4 April 2014
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
136 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$170 juta[2]
Pecah panggung$714.8 juta[3]

Captain America: The Winter Soldier ialah sebuah filem adiwira Amerika Syarikat 2014 menampilkan watak Marvel Comics, Captain America, diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Ia merupakan sekuel kepada filem 2011, Captain America: The First Avenger dan merupakan filem kesembilan dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem ini diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo dengan lakon layar oleh Christopher Markus dan Stephen McFeely. Ia dibintangi Chris Evans sebagai Captain America mengetuai barisan pelakon yang terdiri daripada Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Cobie Smulders, Frank Grillo, Emily VanCamp, Hayley Atwell, Robert Redford dan Samuel L. Jackson. Dalam Captain America: The Winter Soldier, Captain America, Black Widow dan Falcon bergabung tenaga untuk mendedahkan konspirasi dalam S.H.I.E.L.D. ketika berhadapan dengan pembunuh misteri yang dikenali sebagai Winter Soldier.

Captain America: The Winter Soldier ditayangkan di Los Angeles pada 13 Mac 2014. Ia ditayangkan di peringkat antarabangsa pada 26 Mac 2014 dan di Amerika Utara pada 4 April 2014 dalam format 2D, 3D dan IMAX 3D. Filem ini mencapai kejayaan kritis dan komersial, menbuat kutipan lebih $714 juta di seluruh dunia. Ia juga menerima pencalonan Anugerah Akademi untuk Kesan Visual Terbaik. Sebuah sekuel bertajuk Captain America: Civil War ditayangkan pada 6 Mei 2016.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama BBFC
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama LATimes5
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Mojo

Previous Page Next Page