Cat Farish | |
---|---|
Kelahiran | Farish bin Ramli 12 Julai 1974 |
Nama lain | Cat Ruffedge (semasa bersama Ruffedge), Cat Fabuloso |
Pekerjaan | Pemuzik, penyanyi, pelakon, penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan, pengarah |
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 3 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Hip hop, pop, R&B |
Instrumen | Vokal, rap |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Ruffedge, The Fabulous Cats, Tiga Swagger |
Farish Ramli atau lebih dikenali sebagai Cat Farish (lahir 12 Julai 1974) ialah seorang pemuzik, penyanyi, pelakon, penulis lagu, penerbit rakaman, pengarah Malaysia dan salah seorang daripada anggota asal kumpulan Ruffedge.[1] Beliau mengasaskan Ruffedge pada 1997 dan merupakan penyanyi rap bagi kumpulan ini. Beliau kemudiannya mewujudkan kumpulan muziknya sendiri, The Fabulous Cats pada 2006[2] dan Tiga Swagger pada 2014[3]. Beliau turut menulis lagu dan terbabit dalam beberapa projek yang melibatkan artis baru seperti FO3, Nabil, Sedozen, Moleq dan Caprise N Noa. Beliau turut memiliki sebuah studio muzik di Kuala Lumpur.
Di luar bidang muzik, beliau juga bergiat aktif dalam bidang lakonan dan telah membintangi beberapa filem termasuk Remp-It (2006), Impak Maksima (2007), Jangan Pandang Belakang Congkak (2009) dan Coverina (2015) serta telah membintangi beberapa drama TV termasuk Gerak Khas.