Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Celt

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Orang-orang Kelt
Taburan diakronik rumpun bangsa Kelt:
  Kawasan asal kebudayaan Halstatt, pada abad ke-6 SM
  Peluasan maksimal kaum Kelt, dari abad ke-3 SM
  Daerah Lusitania di Iberia: keberadaan bangsa Kelt tidak dapat dipastikan
  "Enam negeri Kelt yang masih menutur bahasa Kelt hingga zaman moden awal
  Daerah penuturan bahasa-bahasa Kelt kini

Orang-orang Kelt (Bahasa Ireland: Ceiltigh, Bahasa Gaelik Scotland: Ceilteach, bahasa Wales: Celtiaid, Breton: Kelted; bahasa Inggeris: Celts) merupakan beberapa kumpulan yang berkait di Eropah tengah pada masa silam yang berkongsi kebudayaan dan ciri-ciri bahasa asal. Masa kini, Kelt sering digunakan untuk menggambarkan penduduk beberapa kelompok etnik, termasuk kebudayaan dan bahasanya, di Kepulauan British, daerah Bretagne di Perancis dan daerah Galicia di Sepanyol yang turut berkongsi ciri-ciri serupa Kelt asal. Walau bagaimanapun, pada masa silam, mereka tidak semestinya dianggap berkait dengan Kelt oleh orang luar (puak atau negara dari tanah besar daerah Kelt, seperti Gaul dan Belgium, diketahui berpindah ke kepulauan British, seperti Atrebates, Menapii, dan Parisi, dan menyumbang kepada pembentukan penduduk Celt).

Rujukan bertulis pertama mengenai orang ini sebagai Κελτοί Keltoi (puak tersorok) dicatat oleh Hekataios dari Miletos, seorang sejarawan Yunani menggambarkan sekelompok yang menduduki kawasan terangkum dalam Marseille moden pada 517 SM.[1][2]

Kajian DNA moden (seperti yang dilakukan oleh UCL) menunjukkan bahawa penduduk England kini sebahagian besarnya ialah keturunan Kelt/British kuno, sungguhpun England ketiadaan bahasa Kelt yang terselamat. Keadaan yang sama juga berlaku di Scotland, bahasa Gaelic terbatas kebanyakannya pada pinggir utara dan barat.

  1. ^ Sarunas Milisauskas, European prehistory: a survey. Springer. 2002. m/s. 363. ISBN 978-0-306-47257-2. Dicapai pada 7 June 2010.
  2. ^ Rankin, H. David (1998). Celts and the Classical World. Routledge. m/s. 1–2. ISBN 978-0-415-15090-3. Dicapai pada 7 June 2010.

Previous Page Next Page






Kelte AF Kelten ALS Celtas AN قلط Arabic كيلت ARZ Celta AST Keltlər AZ Köitn BAR Кельты BE Кельты BE-X-OLD

Responsive image

Responsive image