Ceres mempunyai jisim sebesar 9.45 ± 0.04 × 1020 kg. Dengan diameter sekitar 950 km, Ceres adalah benda angkasa terbesar di lingkaran asteroid utama dan planet kerdil terkecil yang diketahui setakat ini. Ia memiliki kira-kira satu pertiga jisim agregat seluruh lingkaran asteroid.[6][7] Ia dinamakan bersempena Dewi Rom Ceres.
Permukaan Ceres berkemungkinan terdiri daripada campuran ais air dan pelbagai galian hidrat seperti karbonat dan mineral lempung. Ia kelihatan boleh dibezakan kepada teras batu dan mantel ais, dan mungkin menyembunyikan lautan air di bawah permukaannya. Dari Bumi, magnitud ketara Ceres berjulat daripada 6.7 hingga 9.3, dan oleh itu amat malap untuk dilihat dengan mata kasar kecuali langit sangat gelap.[8]
Pada 22 Januari 2014, ahli sains ESA melaporkan pengesanan pengeluaran wap air dari beberapa kawasan latitud-tengah setempat Ceres.[9] Pengesanan muktamad pertama ini dibuat menggunakan keupayaan inframerah jauh Balai Cerap Angkasa Lepas Herschel.[10] Penemuan ini tidak dijangka kerana walaupun komet lazim mengeluarkan "kepulan dan jet",[10]asteroid secara umumnya tidak.
^Menzel, Donald H.; dan Pasachoff, Jay M. (1983). A Field Guide to the Stars and Planets (ed. ke-2). Boston, MA: Houghton Mifflin. m/s. 391. ISBN978-0-395-34835-2.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^Küppers, M.; O'Rourke, L.; Bockelée-Morvan, D.; Zakharov, V.; Lee, S.; Von Allmen, P.; Carry, B.; Teyssier, D.; Marston, A.; Müller, T.; Crovisier, J.; Barucci, M. A.; Moreno, R. (2014-01-23). "Localized sources of water vapour on the dwarf planet (1) Ceres". Nature. 505 (7484): 525–527. doi:10.1038/nature12918. ISSN0028-0836. PMID24451541.