Republik Chechen
| |
---|---|
Lagu: Шатлакхан Илли Şatlaqan İlli "Lagu Shatlak"[1] | |
![]() | |
Koordinat: 43°24′N 45°43′E / 43.400°N 45.717°EKoordinat: 43°24′N 45°43′E / 43.400°N 45.717°E | |
Negara | Rusia |
Daerah persekutuan | Kaukasia Utara |
Wilayah ekonomi | Kaukasus Utara |
Ibu kota | Grozny[2] |
Pentadbiran | |
• Jenis | Parlimen Republik Chechen[3] |
• Ketua[3] | Ramzan Kadyrov[4] |
Keluasan | |
• Jumlah | 16,165 km2 (6,241 batu persegi) |
Penduduk | |
• Jumlah | ▲ 1,100,000 |
• Pemeringkatan | ke-31 |
• Bandar | 38.2% |
• Luar bandar | 61.8% |
Zon waktu | UTC+03:00 (MSK[6]) |
Kod ISO 3166 | RU-CE |
Pendaftaran kenderaan | 95 |
Bahasa rasmi | Chechen[7] • Rusia[8] |
Laman sesawang | chechnya |
Republik Chechen (IPA: ˈʧɛʧn̩ rɪˈpʌblɪk; Rusia: Чече́нская Респу́блика , Chechenskaya Respublika; Chechen:Нохчийн Республика, Noxçiyn Respublika) atau Chechnya merupakan sebuah subjek persekutuan Rusia.
Bersempadan dengan Jajahan Stavropol di bahagian barat laut, Republik Dagestan di bahagian timur laut dan timur, Georgia di selatan, dan Republik Ingushetia dan Ossetia Utara-Alania di bahagian barat, Chechnya terletak di atas pegunungan Kaukasus disebelah Utara. Ibu kotanya berada di Grozny.
Setelah jatuhnya pemerintahan Kesatuan Soviet, sekelompok pemberontak Chechnya menyatakan bahawa mereka adalah pemerintah yang sah, mereka mengumumkan parlimen baharu, dan mengisytiharkan kemerdekaan wilayahnya sebagai Republik Chechnya Ichkeria. Sehingga tahun 2004, kemerdekaan mereka tidak diiktiraf oleh mana-mana negara. Pengisytiharan tersebut telah menyebabkan konflik bersenjata di mana kedua belah pihak di antara Chechnya dan Rusia terlibat. Chechnya merupakan wilayah paling ramai yang beragama Islam di Rusia.