China Selatan (pinyin: Huá'nán) merupakan wilayah geografi dan budaya yang meliputi bahagian paling selatan di China. Ciri ketara China Selatan berbanding dengan negara lain di China ialah kebanyakan warganya bukan penutur asli Bahasa Cina Baku. Kantonis ialah bahasa yang paling biasa di rantau ini manakala wilayah Guangxi mengandungi penumpuan terbesar etnik minoriti China.