Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Chow Kit

Jalan Tunku Abdul Rahman di dalam Chow Kit

Chow Kit merupakan suatu sub-daerah di tengah-tengah Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di sekitar Jalan Chow Kit dan ditutupi oleh jalan-jalan selari iaitu Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Ia dinamakan bersempena dengan nama seorang pelombong timah dan kanselor perbandaran, Loke Chow Kit.

Sekarang ini kawasan berkenaan mempunyai ciri-ciri Indonesia kerana pendatang Indonesia berniaga di gerai-gerai kecil. Akhir-akhir ini, wujud satu komuniti kecil Negro / orang Afrika terutama dari negara Nigeria. Ia mempunyai sebuah pasar pagi dikenali sebagai Bazaar Baru Chow Kit yang merupakan pasar pagi terbesar di Kuala Lumpur.[1] Ia juga bercirikan pasar malam yang dikenali sebagai Bundle Chow Kit di sepanjang Lorong Haji Taib yang mana juga dikenali ramai yang menjadi penjualan pakaian terpakai dan aksesori-aksesorinya.[2] Chow Kit juga dikenali sebagai daerah lampu merah dan sebagai tempat perjumpaan mak nyah. Ia juga dikenali sebagai tempat popular bagi penagih dadah.[3] Stesen Monorel Chow Kit terletak di dalam kawasan ini dan Stesen LRT PWTC terletak berdekatan.

  1. ^ "Chow Kit Market". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-06. Dicapai pada 2008-03-24.
  2. ^ "Bundle Chow Kit tetap hebat"[pautan mati kekal], Harian Metro. Dicapai 18 Jualai 2007.
  3. ^ "KL Cops: No Let Up In War Against Drugs", Bernama. Dicapai 19 Julai 2007.

Previous Page Next Page






Chow Kit English Chow Kit French Chow Kit ID சௌக்கிட் Tamil 秋杰 Chinese

Responsive image

Responsive image