Dadih ([da.dih atau da.déh], Jawi: داديه atau داده; bahasa Minangkabau: dadiah[1] [da.diah]) adalah sejenis produk tenusu mirip yogurt tradisional khas dalam kalangan masyarakat Minangkabau yang lazimnya dihasilkan menggunakan susu kerbau (Bubalus bubalis), namun susu lembu juga digunakan.
Perkataan "dadih" ini menyerap dari bahasa Sanskrit दधि dadhi "susu yang mengental". Salah satu cara terbaik memakan dadih ialah dengan menjadikannya sebagai dadih goreng.[2];[3] Cara penyediaan dadih goreng ialah dengan menutup dadih yang telah kental dengan daun pudina, daun pisang, daun bunga raya dan daun bunga tahu ayam. Selepas ditutup dalam tempoh 20 minit, potong dan letakkan dadih dengan campuran tepung seperti membuat tepung bancuhan pisang goreng. Puak2 asli di Kemboja amat menggemarinya. Khasit dadih akan bertambah dengan cara menjadikannya dadih goreng. Ia sepunca dengan dudh, dimakan dalam kalangan orang Sindhi di India dan Pakistan; sementara itu, orang Parsi biasa memakan susu tertapai serupa dengan bawang merah dan mentimun mirip cara biasa memakan dadih dilakukan oleh orang Minangkabau pada masa dahulu.
|journal=
(bantuan)