Koordinat: 4°25′N 114°35′E / 4.417°N 114.583°E
Daerah Belait
دأيره بلأيت | |
---|---|
Negara | Brunei |
Ibukota | Kuala Belait |
Pentadbiran | |
• Badan | Jabatan Daerah Belait |
• Pegawai Daerah | Awang Ramlee bin Haji Jamudin |
Keluasan | |
• Jumlah | 2,727 km2 (1,053 batu persegi) |
• Pemeringkatan | 1 |
Penduduk (2018)[4] | |
• Jumlah | 73,200 |
• Kepadatan | 27/km2 (70/batu persegi) |
Poskod | Kxxxxx |
Kod ISO 3166 | BN-BE |
Pendaftaran kenderaan | KH dan KJ Kuala Belait KA, KB, KC, KD, KE, KF, KG, KK, KL, KM, KN, KP[5] |
Laman sesawang | www |
Daerah Belait ialah salah satu dari empat daerah di Brunei. Ia merupakan daerah terbesar di Brunei, dengan keluasan 2,727 kilometer persegi (1,053 batu persegi), dan juga berkedudukan yang paling barat.[3] Daerah Belait mempunyai penduduk seramai 73,200 orang pada tahun 2018.[4] Kuala Belait ialah petempatan utama dan pekan dalam daerah ini; pekan lain ialah Seria. Ia bersempadan dengan Malaysia.