Daerah Kuching | |
---|---|
Koordinat: 1°33′40″N 110°20′30″E / 1.561111°N 110.341667°EKoordinat: 1°33′40″N 110°20′30″E / 1.561111°N 110.341667°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Bahagian Kuching |
Pusat pentadbiran | Kuching |
Pihak berkuasa tempatan | Dewan Bandaraya Kuching Utara Majlis Bandaraya Kuching Selatan Majlis Perbandaran Padawan |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Sofhi Haji Jebal |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,498 km2 (578 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 609,205 |
• Kepadatan | 410/km2 (1,100/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 93xxxx 94xxxx |
Kuching merupakan sebuah daerah pentadbiran yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Kuching. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Bandaraya Kuching, yang juga merupakan pusat pentadbiran bagi Bahagian Kuching dan wilayah Sarawak. Daerah ini juga mempunyai sebuah daerah kecil, iaitu Padawan.
Daerah ini dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 1,498 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 609,205 orang pada tahun 2020.[1] Daerah ini juga merupakan daerah paling ramai penduduk dan paling padat di Sarawak.