Daerah Tutong توتوڠ | |
---|---|
Negara | Brunei |
Ibukota | Pekan Tutong |
Pentadbiran | |
• Badan | Jabatan Daerah Tutong |
• Ketua Jabatan | Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain |
• Timbalan Ketua Jabatan | Awang Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,166 km2 (450 batu persegi) |
• Pemeringkatan | 3 |
Penduduk (2016)[4] | |
• Jumlah | 49,438 |
• Kepadatan | 42/km2 (110/batu persegi) |
Poskod | Txxxxx |
Nombor telefon | +673 4XX[5] +673 422 Tutong +673 423 3XXX Penanjong +673 423 7XXX Lamunin +673 424 Telisai |
Kod ISO 3166 | BN-TU |
Laman sesawang | www |
Daerah Tutong ialah salah satu dari empat daerah di Brunei. Ia terletak di antara Daerah Belait di sebelah barat, dan Daerah Brunei-Muara serta Daerah Limbang dalam Sarawak, Malaysia di sebelah timur. Daerah Tutong mempunyai keluasan 1,166 kilometer persegi (450 batu persegi) dan mempunyai penduduk seramai 49,438 pada tahun 2016.[3][4] Pekan Tutong ialah petempatan utama dan satu-satunya pekan di daerah ini.