Daphne (Yunani: Δάφνη "dafnah")[1] adalah seorang naias yang diceritakan dalam mitologi Yunani. Dia dikatakan oleh sumber-sumber kuno dengan cara yang berbeda sebagai anak kepada dewa sungai Peneus dan nimfa Creusa di Thessalia ( Hyginus Fabulae 203) atau Ladon (sungai Ladon di Arcadia) atau Pineios, dan Gaia (Pausanias dan lain lain).[2][3]
Dewi ini terkenal kerana penceritaan mengenai nasibnya di mana dia disumpah Eros (Cupido) anak Aphrodite/Venus, menjadi orang dambaan Apollo (Phoebus) yang mengejarnya sehingga berjaya mengepung Daphne. Daphne segera menyeru nama ayahnya meminta pertolongan, Peneus mengubah Daphne menjadi sebatang pokok sebelum Apollo sempat mencium Daphne.