Dato' Muda Linggi Negeri Sembilan | |
---|---|
Penjawat kini | |
Dr Amran bin Mohd Salleh sejak 19 Disember 2021 | |
Penyandang Ke-12 | |
Butiran | |
Penyandang pertama | Lebai Dolman (sebagai Penghulu) |
Pembentukan | 1798 |
Dato' Muda Linggi merupakan pembesar adat yang terdapat di Negeri Sembilan. Gelaran penuhnya ialah Orang Kaya Besar Dato' Muda Linggi. Ia merupakan pemimpin tertinggi bagi wilayah Linggi, sebuah kawasan yang diduduki masyarakat Bugis yang merantau ke Semenanjung Tanah Melayu. Jawatan Dato' Muda Linggi mula digunakan pada 1820, apabila pemimpin ketiga wilayah Linggi, Dato' Muhammad Attas memegang jawatan tersebut. Sebelum beliau, gelaran bagi pemimpin wilayah Linggi ialah Penghulu[1].
Jawatan Dato' Muda Linggi kini disandang oleh Dr Amran Bin Mohd Salleh daripada waris Solok pada 19 Disember 2021 bagi menggantikan penyandang terdahulu, Haji Mohd Basri bin Haji Omar yang meninggal dunia pada 17 Februari 2021[2].