Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Dauphin

Jata pewaris takhta kerajaan Perancis (Dauphin de France) berhiaskan fleur-de-lis dan lumba-lumba.

Dauphin (mua. dauphine) adalah gelaran yang pernah dikurniakan kepada putera mahkota yang mewarisi takhta kerajaan Perancis yakni putera sulung Raja Perancis;[1] gelaran ini ada sejak 1350 hingga 1791 dan 1824 hingga 1830.[2]

Gelaran ini bererti "lumba-lumba" dalam bahasa Perancis sempena lambang haiwan ini pada jata milik pembesar setaraf comte bandar Vienne (yakni Dauphin de Viennois) yang turut dipakai kepada semua pewarisnya turun-temurun sehingga penyerahan hak milik tanah (seigneurie) kepada Raja Philippe VI tahun 1349 dengan syarat gelaran ini juga dipakaikan kepada baginda raja.[1]

  1. ^ a b "Définition de dauphin²". Trésor de la Langue Française informatisé. Centre Nationale de Ressources de Textuelles et Lexicalles. Dicapai pada 2024-08-30. A.− HIST. MÉDIÉV. Titre porté par les seigneurs du Dauphiné...B.− [À partir de 1349] Titre de l'héritier présomptif de la couronne de France...Cf. dauphin¹.
  2. ^ "dauphin | French political history". Dicapai pada 2016-09-03.

Previous Page Next Page






Dauphin van Frankryk AF دوفين فرنسا Arabic Fransa dofeni AZ Дафін BE Дофин Bulgarian Daofin BR Delfin (titula) BS Delfí de França Catalan Dauphin Czech Dauphin CY

Responsive image

Responsive image