Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


David Beckham

David Beckham
Fail:Imgonline-com-ua-resize-ckYmxTAT3kX.jpg
Beckham bermain untuk Los Angeles Galaxy pada tahun 2007
Maklumat peribadi
Nama penuh David Robert Joseph Beckham[1]
Tarikh lahir (1975-05-02) 2 Mei 1975 (umur 49)[1][2]
Tempat lahir Leytonstone, London, England, UK
Ketinggian 183 cm (6 ka 0 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Kerjaya remaja
Tottenham Hotspur
Brimsdown Rovers
1991–1993 Manchester United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1992–2003 Manchester United 265 (62)
1994–1995Preston North End (pinjam) 5 (2)
2003–2007 Real Madrid 116 (13)
2007–2012 Los Angeles Galaxy 98 (18)
2009Milan (pinjam) 18 (2)
2010Milan (pinjam) 11 (0)
2013 Paris Saint-Germain 10 (0)
Jumlah 523 (97)
Pasukan kebangsaan
1992–1993 England B18 3 (0)
1994–1996 England B21 9 (0)
1996–2009 England 115 (17)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

David Robert Joseph Beckham OBE, /ˈbɛkəm/[3] (lahir 2 Mei 1975)[2] merupakan bekas pemain bola sepak profesional Inggeris. Dia pernah bermain untuk Manchester United, Preston North End, Real Madrid, Milan, Los Angeles Galaxy, Paris Saint-Germain, dan Pasukan kebangsaan England dimana dia memegang rekod penampilan terbanyak untuk posisi selain daripada penjaga gol.[4] Dia merupakan pemain Inggeris pertama untuk memenangi kejuaraan liga di empat negara, England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis. Dia mengumumkan persaraannya di akhir musim 2012–13 dan, pada 18 Mei 2013, dia bermain perlawanan terakhirnya sepanjang 20 tahun karier.[5]

Karier profesional Beckham bermula di Manchester United, dimana dia membuat penampilan sulung untuk pasukan utama pada tahun 1992 ketika berumur 17 tahun.[6] Bersama United, Beckham memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris enam kali, Piala FA Inggeris dua kali, dan Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 1999.[6] Dia kemudiannya bermain selama empat musim untuk Real Madrid,[7] memenangi kejuaraan La Liga ketika musim terakhirnya bersama kelab itu.[8] Pada bulan Julai 2007, Beckham menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Major League Soccer, LA Galaxy.[9] Semasa menjadi pemain Galaxy, dia bermain secara pinjaman di Itali dua kali bersama Milan pada tahun 2009 dan 2010. Beckham merupakan pemain bola sepak Britain pertama untuk bermain dalam 100 perlawanan Liga Juara-Juara.[6]

Di peringkat antarabangsa, Beckham membuat penampilan sulung untuk England pada 1 September 1996, ketika berumur 21 tahun. Dia merupakan kapten untuk England selama enam tahun dimana dia bermain 58 kali sepanjang tempoh itu.[10][11] Secara keseluruhan, dia membuat 115 penampilan, beraksi dalam tiga kejohanan Piala Dunia FIFA (1998, 2002 dan 2006) dan dua kejohanan Piala Eropah UEFA (2000 dan 2004).

Terkenal dengan hantaran bola dan sepakan percuma melentur, dia telah dua kali mendapat tempat kedua untuk Pemain Terbaik Dunia FIFA, dan pada tahun 2004 dia dinamakan dalam FIFA 100 sebagai salah seorang pemain hebat di dunia yang masih hidup.[12][13][14] Secara konsisten disenaraikan sebagai salah seorang ahli sukan dengan pendapatan tertinggi, pada tahun 2013, Beckham disenaraikan sebagai pemain dengan pendapatan paling tinggi di dunia, dengan pendapatan lebih $50 juta dalam tempoh 12 bulan.[15]

Dia berkahwin dengan Victoria Beckham sejak tahun 1999, dan mereka mempunyai empat orang anak.[16] Anak sulung Beckham, Brooklyn bermain untuk Arsenal Bawah-16.[17] Pada bulan Februari 2014, MLS mengumumkan Beckham dan sekumpulan pelabur akan memiliki sebuah pasukan di Miami, yang akan mula bermain pada tahun 2016 atau 2017.[18]

  1. ^ a b c Hugman, Barry J., penyunting (2003). The PFA Footballers' Who's Who 2003/2004. Harpenden: Queen Anne Press. m/s. 42. ISBN 9-781852-916510.
  2. ^ a b Templat:Who's Who (langganan diperlukan)
  3. ^ "Beckham's pride at OBE". BBC Sport. 13 June 2003. Dicapai pada 9 September 2008.
  4. ^ "Beckham reaches new caps landmark". BBC Sport. 28 March 2009. Dicapai pada 4 May 2009.
  5. ^ "David Beckham wears captain's armband, adds assist for PSG in likely career finale – Yahoo! Sports". Sports.yahoo.com. 18 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-09. Dicapai pada 3 October 2013.
  6. ^ a b c "Los Angeles Galaxy: Player bio". Los Angeles Galaxy. 9 September 2008. Dicapai pada 9 September 2008.
  7. ^ "Beckham joins Real Madrid". BBC Sport. 18 September 2003. Dicapai pada 9 September 2008.
  8. ^ "Beckham bows out with Liga title". BBC Sport. 17 June 2007. Dicapai pada 9 September 2008.
  9. ^ Bandini, Paolo (11 January 2007). "Beckham confirms LA Galaxy move". The Guardian. London. Dicapai pada 10 May 2007.
  10. ^ "Beckham's England dream realised". BBC Sport. 10 November 2000. Dicapai pada 9 September 2008.
  11. ^ "Beckham quits as England captain". BBC Sport. 2 July 2006. Dicapai pada 9 September 2008.
  12. ^ Daniel, Taylor. "David Beckham exits as gracefully as one of his arcing crosses". The Guardian. Dicapai pada 18 December 2014.
  13. ^ "Pele's list of the greatest". BBC Sport. 4 March 2004. Dicapai pada 13 November 2013.
  14. ^ "David Beckham, Great Britain". ESPN.co.uk. Dicapai pada 12 September 2014.
  15. ^ "The World's Best-Paid Soccer Players". Forbes. 17 April 2013. Dicapai pada 12 September 2014.
  16. ^ "David Beckham kids named most stylish celebrity children in the world - BelfastTelegraph.co.uk". Belfast Telegraph. 9 April 2014. Dicapai pada 6 July 2014.
  17. ^ "David Beckham and son Brooklyn 'shaken' after car crash following Arsenal training session". The Telegraph. Retrieved 29 November 2014
  18. ^ Mazzei, Patricia (5 February 2014). "Soccer star David Beckham to bring MLS team to Miami". Miami Herald.

Previous Page Next Page