Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Dewan Kemasyhuran Hoki

Dewan Kemasyhuran Hoki
ديوان كمشهورن هوكي
Dewan Kemasyhuran Hoki
Mukaan dewan
Map
Maklumat am
Ditubuhkan1943 (1943)
Maklumat pentadbiran
PengasasJames T. Sutherland
Naib presiden
  • Craig Baines
  • Peter Jagla
  • Phil Pritchard[1]
PengarahKelly Masse[1]
Ketua pegawai eksekutif
Jeff Denomme[1]
KuratorPhil Pritchard[1]
Arkitek
Maklumat geografi
Negara Kanada
Bandaraya
Lokasi
30 Yonge Street
Koordinat43°38′49″N 79°22′38″E / 43.646976°N 79.377253°E / 43.646976; 79.377253Koordinat: 43°38′49″N 79°22′38″E / 43.646976°N 79.377253°E / 43.646976; 79.377253
Maklumat pelawat
Laman sesawang
Maklumat tambahan
Dimasyhurkan
  • 289 pemain
  • 112 pembina
  • 16 pegawai atas ais
  • Jumlah: 417
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dewan Kemasyhuran Hoki adalah sebuah muzium dan dewan kemasyhuran yang terletak di Toronto, Ontario, Kanada. Didedikasikan untuk sejarah hoki ais, muzium ini mempamerkan perihal para pemain, pasukan, rekod Liga Hoki Kebangsaan (NHL), memorabilia dan trofi-trofi NHL, termasuklah Piala Stanley. Ditubuhkan di Kingston, Ontario, Dewan Kemasyhuran Hoki telah diasaskan pada tahun 1943 di bawah kepimpinan James T. Sutherland. Kelas pertama untuk anggota terhormat telah dimasyhurkan pada 1945, sebelum Dewan Kemasyhuran ini mempunyai lokasi tetap. Ia dipindahkan ke Toronto pada tahun 1958 selepas NHL menarik balik sokongannya untuk Dewan Kemasyhuran Hoki Antarabangsa di Kingston, Ontario kerana masalah kewangan. Bangunan tetap pertama dibuka di Exhibition Place pada 1961. Dewan itu kemudiannya ditempatkan semula pada 1993, dan kini ia berada di pusat bandaraya Toronto, di dalam kawasan Brookfield Place dan bangunan bersejarah Bank Montreal. Dewan Kemasyhuran Hoki telah mengadakan pameran Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) dan Dewan Kemasyhuran IIHF sejak 1998.

Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada para pemain, jurulatih dan mereka yang berkaitan seramai 18 orang akan bertemu setiap tahun pada bulan Jun untuk memilih anggota terhormat yang baru, yang dilantik sebagai pemain, pembina atau pegawai atas ais. Pada 2020, satu kategori kecil telah ditubuhkan untuk pemain wanita. Kategori pembina termasuklah jurulatih, pengurus besar, pengulas, pemilik pasukan dan lain-lain yang membantuk membina permainan. Anggota-anggota terhormat dilantik ke dalam dewan kemasyhuran dalam satu acara tahunan yang diadakan di bangunan Dewan Kemasyhuran Hoki pada bulan November, yang kemudiannya diikuti oleh "permainan Dewan Kemasyhuran Hoki" istimewa di antara pasukan Toronto Maple Leafs dan pasukan pelawat. Setakat 2020, 289 orang pemain (termasuklah 7 orang wanita), 112 pembina dan 16 orang pegawai atas ais telah dipilih dalam dewan kemasyhuran ini.[2] Dewan ini memperoleh kritikan kerana lebih menumpu kepada para pemain daripada Liga Hoki Kebangsaan dan mengabaikan pemain-pemain daripada liga-liga Amerika Utara dan antarabangsa yang lain.

  1. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama staf
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Facts

Previous Page Next Page