Kategori | Bahasa |
---|---|
Kekerapan | Bulanan |
Penerbit | Dewan Bahasa Dan Pustaka |
Isu pertama | Januari 1971 |
Syarikat | Dewan Bahasa Dan Pustaka |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Laman web | dwnsastera |
Dewan Sastera merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara bulanan sejak Januari 1971. Di samping itu, ia menyasarkan pembaca daripada kalangan penyelidik, pensyarah universiti dan maktab, mahasiswa, bakal guru, pelajar menengah tinggi dan peminat sastera. Majalah ini juga mengandungi 100 halaman bercetak.[1] Ia turut diterbitkan dalam format digital yang boleh diakses menerusi laman DBP.