Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Dilasi masa

Dilasi masa menjelaskan mengapa dua jam yang berjalan akan memaparkan waktu yang berbeza setelah mengalami pecutan yang berbeza-beza. Misalnya, angkasawan ISS yang kembali dari misi telah meningkat usia dengan kurang sedikit berbanding jika mereka kekal di Bumi, tetapi satelit GPS berfungsi dengan membuat pelarasan untuk sisihan ruang masa untuk berselaras dengna sistem-sistem Bumi.[1]

Dalam ilmu teori kerelatifan, dilasi masa merupakan perbezaan sebenar antara tempoh berlangsungnya dua peristiwa seperti yang disukat oleh pemerhati-pemerhati yang bergerak secara relatif dengan satu sama lain ataupun terletak di tempat-tempat berlainan dari jasad graviti.

Sebuah jam yang jitu dan pegun untuk satu pemerhati mungkin didapati berdetik pada kadar yang berbeza jika dibandingkan dengan jam pemerhati kedua yang sama jitunya. Kesan ini tidak timbul daripada segi-segi teknikal jam mahupun hakikat bahawa isyarat memerlukan masa untuk dirambat, sebaliknya dari sifat ruang masa itu sahaja.

  1. ^ Ashby, Neil (2003). "Relativity in the Global Positioning System" (PDF). Living Reviews in Relativity. 6: 16. Bibcode:2003LRR.....6....1A. doi:10.12942/lrr-2003-1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-11-05. Dicapai pada 2013-12-01.

Previous Page Next Page