Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Dipterocarpaceae

Dipterocarpaceae
Keruing-keruingan
Julat zaman:
Dipterocarpus retusus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Dipterocarpaceae
Blume (1825)[1]
Genera

Dipterocarpaceae (turut disebut keruing-keruingan atau meranti-merantian)[2][3] ialah keluarga dengan 16 genus dan sekitar 580-680 spesies[4] yang kebanyakannya adalah pokok hutan hujan tanah rendah tropika. Nama keluarganya, daripada genus jenis Dipterocarpus, diambil daripada Yunani (di = dua, pteron = sayap dan carpus = buah) dan merujuk pada buahnya yang bersayap dua. Genus-genus terbesarnya termasuklah Shorea (360 spesies), Hopea (105 spesies), Dipterocarpus (70 spesies) dan Vatica (60 spesies).[5]

Kebanyakan daripada spesies dalam keluarga Dipterocarpaceae besar dan tingginya biasa mencapai tinggi 40-70 m; beberapa sampai lebih 80 m (dalam genus Dryobalanops,[5] Hopea[6] dan Shorea), dengan spesimen hidup tertinggi (Shorea faguetiana) 93.0 m tinggi.[6] Spesies-spesies dalam keluarga ini amat penting dalam perdagangan balak. Taburannya adalah di seluruh kawasan tropika, dari utara Amerika Selatan ke Afrika, Seychelles, India, Indochina, Indonesia, Malaysia dan Filipina.[7][8] Kerencaman terbesar Dipterocarpaceae ditemui di Borneo.[9] Kini, sebilangan spesies itu terancam kesan penebangan yang berlebihan, pembalakan haram yang meluas dan kemusnahan habitat. Ia membekalkan kayu yang bernilai, minyak pati yang harum, balsam dan resin, dan menjadi sumber bagi papan lapis.

  1. ^ Angiosperm Phylogeny Group (2009). "An update of the Angiosperm Phylogeny Group classification for the orders and families of flowering plants: APG III". Botanical Journal of the Linnean Society. 161 (2): 105–121. doi:10.1111/j.1095-8339.2009.00996.x.
  2. ^ Huili; Yancong (30 Mei 2018). Jejak-jejak Hidup Tang Sanzang Menurut Penuturan Muridnya (dalam bahasa Indonesia). Diterjemahkan oleh Tony Mustika. Cermin Hening. m/s. 585. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  3. ^ Sarah R. Megumi (18 Julai 2017). "Suku Meranti-Merantian, Buahnya Seperti Baling-Baling". Greeners.co (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 25 Januari 2022.
  4. ^ Christenhusz, M. J. M. & Byng, J. W. (2016). "The number of known plants species in the world and its annual increase". Phytotaxa. 261 (3): 201–217. doi:10.11646/phytotaxa.261.3.1.
  5. ^ a b Ashton, P.S. Dipterocarpaceae. In Tree Flora of Sabah and Sarawak, Volume 5, 2004. Soepadmo, E., Saw, L. G. and Chung, R. C. K. eds. Government of Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia. ISBN 983-2181-59-3
  6. ^ a b "Borneo". Eastern Native Tree Society. Dicapai pada 2009-04-17.
  7. ^ Simon Gardner, Pindar Sidisunthorn and Lai Ee May, 2011. Heritage Trees of Penang. Penang: Areca Books. ISBN 978-967-57190-6-6
  8. ^ Pang Sean E H, De Alban Jose Don T, & Webb Edward L. (2021). Effects of climate change and land cover on the distributions of a critical botanical family in the Philippines. Scientific Reports, 11(1), 276–276. [./Https://doi.org/10.1038/s41598-020-79491-9
  9. ^ Ashton, P.S. Dipterocarpaceae. Flora Malesiana, 1982 Series I, 92: 237-552

Previous Page Next Page