Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Donald Duck

Donald Duck
Kemunculan pertama The Wise Little Hen (Silly Symphonies), 1934[1]
Dicipta oleh Walt Disney dan Dick Lundy
Disuara oleh Clarence Nash (1934-1985), Tony Anselmo (1985-kini)
Juga dikenali sebagai Paperinik

Donald Duck adalah salah satu watak Disney yang merupakan seekor itik yang sering ditampilkan mengenakan baju kelasi biru tanpa celana. Donald muncul buat pertama kali pada 9 Jun 1934 dalam kartun "The Wise Little Hen".

Menurut kartun Donald Gets Drafted (1942), nama lengkap Donald Duck adalah Donald Fauntleroy Duck (nama tengahnya merupakan rujukan untuk topi kelasinya yang merupakan aksesori untuk baju Fauntleroy). Laman Disney juga menyatakan bahawa namanya adalah Donald Fauntleroy Duck dan sebuah episod dalam film Quack Pack juga menyatakan hal yang sama.[2]

Watak Donald dengan suara khasnya merupakan hasil kerja dari penata suaranya, iaitu Clarence "Ducky" Nash. Karyanya inilah yang berjaya mengangkat Donald dan tertanam pada pemirsanya sebagai watak dengan ciri khas yang unik.

Tarikh lahir Donald Duck

Sifat Donald yang paling terkenal adalah sifatnya yang mudah marah. Dia juga sering dipecat dan bertukar-tukar pekerjaan, namun itu menunjukan bahawa dia lebih menonjol dari watak Disney yang lain kerana dapat bekerja dalam hampir semua bidang.

Hari ulang tahun Donald disahkan pada 9 Jun 1934,[3] iaitu pada hari Donald muncul buat pertama kali, tetapi dalam film The Three Caballeros, ulang tahunnya jatuh pada hari Jumaat ke-13, bahkan, menurut kartun Donald's Happy Birthday, ulang tahun Donald jatuh pada 13 Mac.

Suara Donald yang terkenal menggunakan suara Nash, namun dia mengisi suara Donald hanya hingga tahun 1985, sejak tahun 1985, Donald berlatarkan suara Tony Anselmo yang telah dilatih oleh Nash sendiri.

  1. ^ "Donald Duck". Disney Archives. Disney. Dicapai pada 2007-08-30.
  2. ^ "All Hands On Duck". Quack Pack. TV.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2007-10-04.
  3. ^ "When is Donald Duck's birthday? When did he debut?". Guest Services. Disney. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-01. Dicapai pada 2007-10-04.

Previous Page Next Page






Donald Duck AF Donald Duck ALS بطوط Arabic بطوط ARZ Donald Duck AST Donald Dak (personaj) AZ Доналд Дък Bulgarian གདང་ཡ་ཙེ། BO Donald Duck BR Pajo Patak BS

Responsive image

Responsive image