Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Doraemon

Doraemon
ドラえもん
GenreKomedi, Fiksyen sains
Manga
PengarangFujiko F. Fujio
PenerbitShogakukan
Penerbit LainAmerika Syarikat Malaysia Tora Aman (1993-2017)
Gempak Starz (2017-kini)
Jepun Indonesia Kanada Fujiko Pro
Singapura Shogakukan
DemografikKodomo
Majalah Asal(terdapat pada majalah kanak-kanak Shogakukan)
Tarikh Pengeluaran15 Disember 196923 Jun 1996
Jilid45
Siri anime televisyen
Kerja-kerja berkaitan

Doraemon (Tulisan Jawi: دوراءيمون), dalam bahasa ibundanya (Jepun: ドラえもん) adalah sebuah manga Jepun yang dihasilkan oleh Fujiko F. Fujio. Manga ini pertama kali disirikan pada Disember 1969, dengan 1,345 bab individu disusun menjadi 45 jilid tankōbon dan diterbitkan oleh Shogakukan dari 1970 hingga 1996. Ceritanya berkisar tentang seekor kucing robot tanpa telinga bernama Doraemon, yang mengembara ke masa lalu dari abad ke-22 untuk membantu seorang budak lelaki bernama Nobita Nobi.

Manga ini melahirkan sebuah francais media. Tiga siri TV anime telah diadaptasi pada tahun 1973, 1979 dan 2005. Selain itu, Shin-Ei Animation telah menghasilkan lebih empat puluh filem animasi, termasuk dua filem animasi komputer 3D, yang kesemuanya diedarkan oleh Toho. Pelbagai jenis barangan dan media telah dibangunkan, termasuk album runut bunyi, permainan video dan muzikal. Siri manga telah dilesenkan untuk keluaran bahasa Inggeris di Amerika Utara, melalui Amazon Kindle, dengan kerjasama Fujiko F. Fujio Pro dengan Voyager Japan dan AltJapan Co., Ltd. Manga ini juga dilesenkan untuk keluaran bahasa Melayu oleh Tora Aman, sebelum digantikan dengan Gempak Starz pada tahun 2017. Siri anime telah dilesenkan oleh Disney untuk keluaran bahasa Inggeris di Amerika Utara pada 2014, dan LUK International di Eropah, Timur Tengah dan Afrika.

Doraemon menerima pujian kritis dan menjadi popular di banyak negara Asia. Ia memenangi pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Persatuan Kartunis Jepun pada tahun 1973 dan 1994,[1] Anugerah Manga Shogakukan untuk manga kanak-kanak pada tahun 1982, dan Hadiah Kebudayaan Tezuka Osamu pada tahun 1997.[2] Sehingga 2012, ia telah menjual lebih 170 juta salinan di seluruh dunia, menjadi salah satu daripada manga terlaris dalam sejarah. Doraemon juga merupakan salah satu daripada francais media dengan pendapatan tertinggi sepanjang zaman, yang mana siri filem animasi ini mempunyai jumlah kemasukan tertinggi di Jepun. Watak Doraemon telah dilihat sebagai ikon budaya Jepun, dan dilantik sebagai "duta anime" pertama pada tahun 2008 oleh Kementerian Luar Negeri negara itu.[3] Doraemon sebagai Duta Anime telah melawat Malaysia pada tahun 2009.[4]

  1. ^ Nihon manga ka kyoukai syo, Nihon manga ka kyoukai
  2. ^ Fujiko・F・Fujio profile, Doraemon channel
  3. ^ [1]
  4. ^ Doraemon Anime Bunka Taishi-no Malaysia houmon (Raman Web Rasmi Kedutaan Jepun di Malaysia) [2]

Previous Page Next Page






ዶራኤሞን AM دورايمون Arabic ড'ৰেমন AS Doraemon AST Doraemon AZ Doraémon BAN Дараэмон BE Doraémon BEW डोरेमान BH ডোরেমন Bengali/Bangla

Responsive image

Responsive image