Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas DA, PNBS, PGBK (Swk); AMN | |
---|---|
Timbalan Premier I | |
Menyandang jawatan 13 Mei 2016 | |
Ketua Menteri | Abang Johari Tun Openg |
Didahului oleh | Alfred Jabu Numpang[1] |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Bukit Saban | |
Menyandang jawatan 7 Mei 2016 | |
Didahului oleh | Robert Lawson Chuat |
Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 12 Mei 2016 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Didahului oleh | Bernard Dompok |
Digantikan oleh | Mah Siew Keong |
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia | |
Dalam jawatan 9 April 2009 – 3 April 2013 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Didahului oleh | Azmi Khalid |
Digantikan oleh | G. Palanivel |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P204 Betong, Sarawak | |
Dalam jawatan 3 Ogos 1986 – 2018 | |
Didahului oleh | Alfred Jabu Numpang |
Digantikan oleh | Robert Lawson Chuat |
Majoriti | 10,887 (PRU-13) |
Menteri Kewangan II (Sarawak) | |
Menyandang jawatan 19 Januari 2017 | |
Ketua Menteri | Abang Johari Tun Openg |
Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (Sarawak) | |
Menyandang jawatan 19 Januari 2017 | |
Timbalan | |
Ketua Menteri | Abang Johari Tun Openg |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tanah Jajahan Mahkota Sarawak | 28 Julai 1956
Parti politik | GPS-PBB BN-PBB |
Pasangan | Datin Amar Doreen Mayang @ Lee Mei Hua |
Pekerjaan | Ahli politik |
Datuk Amar Douglas Uggah Embas (lahir 28 Julai 1956) merupakan seorang ahli politik daripada Sarawak, Malaysia. Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Betong selama tujuh penggal sehingga 2018 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Bukit Saban, Sarawak mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).[2] Beliau juga adalah Timbalan Ketua Menteri bagi negeri Sarawak kini.[1][3][4]
Uggah telah dilantik ke dalam Kabinet selepas Pilihan raya umum Malaysia 2008, untuk menggantikan Azmi Khalid sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.[5] Sebelum itu beliau penah berkhidmat dalam jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan,[6] dan Setiausaha Parlimen kepada Perdana Menteri.[7] Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik pula sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sehingga beliau meletak jawatan apabila dilantik pula sebagai Timbalan Premier Sarawak.[8]