Dude Harlino | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Indonesia |
Nama lain | Dude |
Pekerjaan | Pelakon, Peragawan |
Tahun aktif | 1999 - kini |
Pasangan | Alyssa Soebandono |
Anak-anak | Muhammad Dirgantara Ariendra Harlino |
Ibu bapa | Haidir Hanif (ayah) Ermy Syukur (ibu) |
Dude Harlino (lahir 2 Disember 1980) ialah seorang pelakon lelaki Indonesia yang meraih gelaran "Pelakon Paling Diminati" di Anugerah Panasonic pada tahun 2007 dan 2010.
Dude Harlino mula dikenali umum sekitar tahun 2005 setelah membintangi sinetron Disini Ada Setan. Lelaki yang memiliki ketinggian badan 178 cm dan berasal dari Jakarta ini, menjadikan membaca sebagai hobinya. Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" iaitu tarikh kelahirannya. Beragama Islam, Dude telah membintangi beberapa filem seperti Gue Kapok Jatuh Cinta dan Di Sini Ada Setan (The Movie). Kini Dude dibawah pengurusan PT SinemArt. Dude merupakan alumni dari SMAN 36 Jakarta dan Universiti Indonesia (Jurusan Perbankan).
Pada tahun 2007, selain menjadi Pelakon Paling Diminati di Anugerah Panasonic, Dude juga meraih penghargaan "Star of the Year" daripada Mellyana's Guardians dan "Bintang Indonesia 2007" versi Tabloid Bintang Indonesia pada tahun 2010, Dude menerima penghargaan dan pada tahun 2013, Dude Harlino kembali menerima penghargaan Anugerah Panasonic untuk kali ketiga sebagai Pelakon Paling Diminati.
Sekitar tahun 2007 hingga 2008, Dude Harlino menjadi bintang televisyen termahal. Tetapi setahun kemudian, 2009, kedudukannya digantikan oleh Luna Maya. Pada tahun 2011, Dude Harlino kembali memimpin dalam penerima bayaran tertinggi untuk bintang televisyen iaitu sekitar Rp 55 juta per episod sinetron.