EA-6B Prowler | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat peperangan elektronik |
Pengeluar | Grumman |
Penerbangan sulung | 25 Mei 1968[1] |
Diperkenalkan | Julai 1971 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Laut Amerika Syarikat Kor Marin Amerika Syarikat |
Jumlah dibina | 170 |
Kos seunit | AS$52 juta |
Dibangunkan dari | A-6 Intruder |
EA-6B Prowler merupakan sebuah pesawat peperangan elektronik, enjin berkembar yang dikeluarkan oleh Grumman (kini Northrop Grumman) sebagai satu pesawat ubahsuai daripada kerangka asas A-6 Intruder. EA-6A merupakan versi peperangan elektronik terawal terbitan daripada pesawat A-6 yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat. Pembangunan pesawat EA-6B yang lebih canggih telah bermula pada tahun 1966. Krew EA-6B terdiri daripada seorang juruterbang dan tiga orang Pegawai Tindak Balas ELektonik, walaubagaimanapun biasanya hanya 2 orang pegawai tindak balas elektronik yang digunakan dalam sesebuah misi. EA-6 juga boleh membawa dan menembak peluru berpandu anti radar seperti AGM-88 HARM.
Prowler digunakan dalam perkhidmatan tentera Amerika Syarikat bermula pada tahun 1971 sehingga 2019. Ia melakukan pelbagai misi untuk menyesakan sistem radar musuh, dan mengumpulkan perisikan radio ke atas sistem pertahanan udara musuh. Sejak pembersaraan penggunaan pesawat peperangan elektronik, EF-111 Raven oleh Tentera Udara Amerika Syarikat pada tahun 1998, EA-6B merupakan satu-satunya pesawat peperangan elektronik khas yang masih tinggal dalam armada Tentera Laut A.S, Kor Marin A.S dan Tentera Udara A.S sehingga kemasukkan pesawat EA-18G Growler ke dalam Tentera Laut A.S pada tahun 2009. Ia kali terakhir telah diaturgerak pada akhir tahun 2014, sebelum EA-6B ditarik keluar dari perkhidmatan Tentera Laut A.S pada bulan Jun 2015, diikuti oleh Kor Marin A.S pada bulan Mac 2019.