Edward II | |
---|---|
![]() | |
Raja England (lagi...) | |
Pemerintahan | 8 Julai 1307 – 20 Januari 1327 |
Kemahkotaan | 25 Februari 1308 |
Didahului oleh | Edward I |
Diikuti oleh | Edward III |
Keputeraan | 25 April 1284 Istana kota Caernarfon, Gwynedd, Wales |
Kemangkatan | 21 September 1327 (umur 43) Istana kota Berkeley, Gloucestershire |
Pemakaman | 20 Disember 1327 Katedral Gloucester, Gloucestershire, England |
Pasangan | Isabella dari Perancis (k. 1308) |
Anakanda Butiran | |
Kerabat | Plantagenet |
Ayahanda | Edward I, Raja England |
Bonda | Eleanor, Countess Ponthieu |
Edward II (25 April 1284 – 21 September 1327), juga dipanggil Edward dari Carnarvon, adalah Raja England bermula pada tahun 1307 sehingga beliau diturunkan dari takhta pada bulan Januari 1327. Beliau merupakan anak lelaki ke-4 dari Edward I, Edward menjadi pewaris raja ke atas takhta selepas kematian abang beliau Alphonso. Bermula pada tahun 1300, Edward menenami bapa beliau dalam kempen-kempen untuk mengamankan Scotland, dan pada tahun 1306 telah disatriakan dalam satu upacara besar-besaran di Westminster Abbey. Selepas kematian bapa beliau, Edward menaiki takhta pada tahun 1307. Beliau mengahwini Isabella, anak perempuan kepada seorang Raja Philip IV dari Perancis yang berkuasa, pada tahun 1308, sebagai sebahagian daripada usaha-usaha panjang untuk menyelesaikan ketegangan antara takhta England dan Perancis.