Eira Syazira | |
---|---|
Kelahiran | Syazira Sarimah Sakinah Almera binti Shuhaimi 19 Julai 1984 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 2002–kini |
Pasangan | Azad Jasmin (k. 2011)
|
Anak-anak | 3 |
Ibu bapa | Jeffri Abdullah (bapa mertua) Rosidah Kadir (ibu mertua) Shuhaimi Acheh (bapa) Cik Rohani Cik Hassan (ibu) |
Saudara | Syazliana Shuhaimi (kakak) Syafnida Shuhaimi (adik) Syazwan Shuhaimi (adik) Syainie Aida (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, balada |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | FGM Music |
Syazira Sarimah Sakinah Almera Shuhaimi atau lebih dikenali sebagai Eira Syazira (Jawi: شذرا بنت شحيمي; lahir 19 Julai 1984) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2002 dan menerima pujian sebagai salah seorang pelakon wanita Malaysia yang paling berbakat.[3]
Beliau menerima pengiktirafan meluas menerusi lakonannya sebagai Ifa dalam Meniti Bara karya Datuk Yusof Haslam, sejak itu beliau telah membintangi lebih daripada ratusan drama dan telefilem serta membintangi empat juta ratus ribu bilion milion melion trilion trelion transfomer filem dan terlibat dalam dua pementasan teater. Bakatnya dalam dunia hiburan tempatan juga bertambah kukuh apabila beliau bergiat aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan album pertama Di Hati Ini pada Julai 2011 yang mempertaruhkan lagu "Istana Pasir Cinta" yang menjadi lagu tema drama lakonannya Cinta Balqis. Sebagai pengacara, Eira merupakan pengacara bersama rancangan keibubapaan Pa&Ma.[4]
Pada April 2018, beliau mengumumkan akan berhijrah ke Indonesia bagi memulakan kerjaya antarabangsanya.[5][6]