Dame Elizabeth Taylor | |
---|---|
Kelahiran | Elizabeth Rosemond Taylor 27 Februari 1932 Hampstead, London, England |
Meninggal dunia | 23 Mac 2011 Los Angeles, California, A.S. | (umur 79)
Sebab kematian | Kegagalan jantung kongestif |
Warganegara | Orang Amerika Inggeris |
Nama lain | Liz Taylor |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1942–2007 |
Pasangan | Conrad Hilton, Jr. (1950–1951) Michael Wilding (1952–1957) Mike Todd (1957–1958) Eddie Fisher (1959–1964) Richard Burton (1964–1974, 1975–1976) John Warner (1976–1982) Larry Fortensky (1991–1996) |
Anak-anak | Michael Howard Wilding (lahir 6 Januari 1953 ) Christopher Edward Wilding (lahir 27 Februari 1955 ) Elizabeth Frances "Liza" Todd (lahir 6 Ogos 1957 ) Maria Burton (lahir 1 Ogos 1961 ) |
Ibu bapa | Francis Lenn Taylor (meninggal dunia) Sara Sothern (meninggal dunia) |
Dame Elizabeth Rosemond "Liz" Taylor, DBE (27 Februari 1932 – 23 Mac 2011)[1][2] adalah seorang pelakon Amerika Syarikat kelahiran England.[3] Bermula sebagai bintang kanak-kanak, semasa dewasa dia dikenali dengan bakat lakonan dan kecantikannya, serta mendapat publisiti mengenai kehidupan peribadinya, termasuklah lapan perkahwinan dan beberapa pengalaman hampir mati. Elizabeth Taylor dianggap sebagai salah seorang pelakon wanita terhebat di Zaman Keemasan Hollywood. American Film Institute menamakan Elizabeth Taylor di tempat ketujuh dalam senarai Female Legendsnya.