Cerita Empat Puluh Tujuh Ronin (atau Empat Puluh Tujuh Samurai, 赤穂浪士 juga dikenali sebagai dendam Akō ) adalah salah satu asal tipikal bagi semua cerita Jepun; ia digambarkan oleh salah seorang terpelajar Jepun yang terkenal sebagai "Lagenda kebangsaan Jepun" [1]. Ia menceritakan kes paling terkemuka kod maruah samurai, bushido, dan memberi sebahagian besar gambaran jelas pandangan dunia traditional Jepun.
Secara ringkas, sekumpulan samurai menjadi tidak bertuan apabila tuan mereka dipaksa melakukan seppuku (istiadat bunuh diri) kerana menyerang pegawai istana, selepas dihina olehnya. Mereka membalas dendam dengan membunuh pegawai istana tersebut, selepas menunggu dan merancang dengan sabar selama lebih dari satu tahun. Selepas itu, mereka terpaksa melakukan seppuku kerana melakukan jenayah pembunuhan, sebagaimana yang diketahui mereka akan terjadi —cerita mengenai maruah dalam melaksanakan tugas seseorang, terutamanya terhadap ketua yang dihormati.