Editor | Henry Goldblatt[1] |
---|---|
Bekas editor | Rick Tetzeli,[2] Jess Cagle, Matt Bean[1] |
Kategori | Hiburan |
Kekerapan | Bulanan |
Jumlah edaran (2013) | 1.8 juta[3] |
Pengasas | David Morris |
Isu pertama | 16 Februari 1990 |
Syarikat | Meredith Corporation |
Negara | Amerika Syarikat |
Bertapak di | Bandar Raya New York, New York, A.S. |
Bahasa | Inggeris |
Laman web | ew |
ISSN | 1049-0434 |
Nombor OCLC | 21114137 |
Entertainment Weekly ("Hiburan Mingguan", kadangkalanya disingkatkan sebagai EW ) ialah sebuah majalah Amerika Syarikat terbitan Meredith Corporation yang meliputi bidang-bidang filem, televisyen, muzik, teater Broadway, sastera dan budaya popular.
Berbeza dengan penerbitan yang menumpukan perhatian selebriti seperti Us Weekly, People (majalah kembar kepada EW ), dan In Touch Weekly, EW terutamanya menumpukan pada berita media hiburan dan ulasan kritis. Walau bagaimanapun, majalah ini lebih menyasarkan kepada khalayak umum tidak seperti Variety dan The Hollywood Reporter, yang bertujuan untuk orang dalam industri.