Enver Hoxha | |
---|---|
![]() | |
Setiausaha Agung Parti Buruh Albania | |
Dalam jawatan 8 November 1941 – 11 April 1985 | |
Didahului oleh | Jawatan diasaskan |
Digantikan oleh | Ramiz Alia |
Perdana Menteri Albania ke-22 | |
Dalam jawatan 22 Oktober 1944 – 19 Julai 1954 | |
Presiden | Omer Nishani Haxhi Lleshi |
Timbalan | Myslim Peza Koçi Xoxe Mehmet Shehu |
Didahului oleh | Ibrahim Biçakçiu |
Digantikan oleh | Mehmet Shehu |
Menteri Luar Negara Albania | |
Dalam jawatan 22 Mac 1946 – 23 Julai 1953 | |
Perdana Menteri | Sendiri |
Didahului oleh | Omer Nishani |
Digantikan oleh | Behar Shtylla |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Enver Halil Hoxha 16 Oktober 1908 Ergiri (Gjirokastër), Vilayet Janina, Empayar Uthmaniyah |
Meninggal dunia | 11 April 1985 Tirana, Albania | (umur 76)
Cause of death | Fibrilasi ventrikulasi |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Rakyat, Tirana, Albania |
Kewarganegaraan | Albanian |
Parti politik | Parti Buruh Albania |
Pasangan | Nexhmije Xhuglini (k. 1945; his death 1985) |
Anak |
|
Tempat belajar | Universiti Montpellier Free University of Brussels |
Tandatangan | ![]() |
Enver Halil Hoxha (disebut [ɛnˈvɛɾ ˈhɔdʒa (bantuan·maklumat)], terdekat [én.vér ha.lil ho.ja]; 16 Oktober 1908—11 April 1985)[1] adalah seorang ahli politik Albania berfahaman komunis yang merupakan ketua negara tersebut dari tahun 1944 sehinggalah kematiannya pada tahun 1985, sebagai Setiausaha Agung Parti Buruh Albania. Beliau turut berkhidmat sebagai Panglima Tertinggi serta Perdana Menteri (1944 hingga 1954) negara tersebut pada tempoh masa yang tertentu. Pemerintahan beliau banyak merubah aspek masyarakat Albania yang dianggap terkekang adat budaya tempatan yang patriarkal serta agama, malah dapat bangkit semula daripada kesengsaraan hasil Perang-Perang Dunia. Walau bagaimanapun, beliau juga berkuku besi dari percubaan membandung sebarang suara-suara yang membantah pemerintahannya dengan pelbagai hukuman yang dahsyat.
Dasar-dasar Hoxha banyak mengasingkan Albania daripada dunia luar. Meskipun ada juga kemajuan ekonomi yang terhasil daripada dasar-dasar ini,[2] ekonomi negara tersebut langsung tidak membangun sehingga ia sendirinya menjadi negara termiskin di benua Eropah sepanjang berlakunya Perang Dingin. Peninggalan Hoxha mengurang sehingga tidak banyak yang dikesan di Albania kini sejak awal abad ke-21.