Equus Julat zaman: Pleistosen hingga Kini
Awal | |
---|---|
Kuda belang dataran | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | Gray, 1821
|
Genus: | Equus Linnaeus, 1758
|
Species | |
E. africanus - Keldai Liar Afrika |
Cari equus, equus, atau equine dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Equus merupakan genus haiwan dalam keluarga Equidae yang terdiri daripada kuda, keldai, dan kuda belang. Dalam Equidae, Equus merupakan satu-satunya genus yang wujud. Seperti Equidae secara umumnya, Equus merangkumi banyak spesies pupus yang hanya diketahui dari fosil. Rencana ini tertumpu pada spesies-spesies yang masih wujud.
Equus berasal dari bahasa Latin equus yang bermaksud "kuda",[1] seasal dengan perkataan Yunani "ἵππος" (hippos),[2] yang berasal dari perkataan Ionik "ἴκκος" (ikkos), "kuda",[3][4] yang berasal dari Bahasa Yunani Mykenai iaitu i-qo. I-qo merupakan bentuk terawal yang diakui untuk perkataan berkenaan, dan terdapat pada tulisan suku kata Linear B.[5]