Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Erling Haaland

Erling Haaland
Haaland berlatih bersama Manchester City pada 2024
Maklumat peribadi
Nama penuh Erling Braut Haaland[1]
Nama lahir Erling Braut Håland[4]
Tarikh lahir (1990-07-21) 21 Julai 1990 (umur 34)[2]
Tempat lahir Leeds, Fredrikstad, Norway
Ketinggian 1.95 m (6 ka 5 in)[3]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manchester City
Nombor 9
Kerjaya remaja
2005–2016 Bryne
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2016 Bryne 2 14 (18)
2016–2017 Bryne 16 (0)
2017 Molde 2 4 (2)
2017–2019 Molde 39 (14)
2019–2020 Red Bull Salzburg 16 (17)
2020–2022 Borussia Dortmund 67 (62)
2022– Manchester City 69 (70)
Pasukan kebangsaan
2015–2017 Norway B18 32 (13)
2018–2019 Norway B21 14 (17)
2019– Norway 33 (31)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:30, 31 Ogos 2024 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21:25, 8 Jun 2024 (UTC)

Erling Braut Haaland (lahir 21 Julai 2000) ialah pemain bola sepak profesional Norway yang bermain sebagai penyerang bagi Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris dan pasukan kebangsaan Norway. Dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia, beliau terkenal dengan kemahiran atletik, kepantasan dan gaya penyudahannya.

Melalui sistem remaja, Haaland bermain dalam peringkat senior untuk pasukan simpanan dan senior Bryne. Beliau berpindah ke Molde pada 2017 (juga bermain bagi pasukan simpanan mereka), selama dua musim. Haaland menandatangani kontrak dengan kelab Bundesliga Austria, Red Bull Salzburg pada Januari 2019, memenangi dua kejuaraan liga dan satu Piala Austria. Pada Disember 2019, dia berpindah ke kelab Bundesliga Jerman Borussia Dortmund, di mana beliau memenangi DFB-Pokal pada 2020–21.

Haaland memenangi beberapa anugerah individu dan memecahkan pelbagai rekod sepanjang kariernya. Dalam musim 2019–20 bersama Salzburg, beliau menjadi remaja pertama yang menjaringkan gol dalam lima perlawanan Liga Juara-Juara UEFA berturut-turut. Beliau adalah penjaring terbanyak Liga Juara pada musim berikutnya. Pada 2020, Haaland memenangi anugerah Orang Emas, manakala pada 2021 beliau dinamakan sebagai Pemain Terbaik Musim Bundesliga dan dimasukkan dalam FIFA FIFPro World11 pada 2021.

Haaland telah mewakili Norway dalam pelbagai peringkat belia. Dalam Piala Dunia B-20 FIFA 2019, beliau memenangi Kasut Emas kejohanan itu, selepas menjaringkan rekod sembilan gol dalam satu perlawanan. Beliau membuat penampilan sulung antarabangsa seniornya pada September 2019.

  1. ^ "Derfor byttet han fra Håland til Haaland" [The reason he changed from Håland to Haaland]. Dagbladet (dalam bahasa Norway). 19 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2020. Dicapai pada 19 December 2019.
  2. ^ "Erling Haaland: Overview". ESPN. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2020. Dicapai pada 27 November 2020.
  3. ^ "Inside City 398: Erling Haaland Special". Manchester City F.C. 14 June 2022. Dicapai pada 16 June 2022. 4 minutes 50 seconds in.
  4. ^ "FIFA U-20 World Cup Poland 2019: List of Players: Norway" (PDF). FIFA. 13 Jun 2019. m/s. 13. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 Februari 2020.

Previous Page Next Page