Ernst Kaltenbrunner | |
---|---|
Dalam jawatan 30 Januari 1943 – 12 Mei 1945 | |
Dilantik oleh | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Reinhard Heydrich / Heinrich Himmler (pemangku) |
Digantikan oleh | Tiada |
Dalam jawatan 30 Januari 1943 – 12 Mei 1945 | |
Didahului oleh | Arthur Nebe |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 4 Oktober 1903 Ried im Innkreis, Austria Atas, Austria-Hungary sekarang Austria |
Meninggal dunia | 16 Oktober 1946 (umur 43 tahun) Nuremberg, Bavaria, Jerman taklukan Bersekutu |
Kewarganegaraan | Austria |
Parti politik | Parti Nazi (NSDAP) |
Tempat belajar | Universiti Graz |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Jerman Nazi |
Cabang/khidmat | Schutzstaffel |
Tahun khidmat | 1940–1945 |
Pangkat | Obergruppenführer und General der Polizei und Waffen-SS |
Ernst Kaltenbrunner (4 Oktober 1903 – 16 Oktober 1946) adalah seorang pegawai kanan Jerman Nazi yang berkelahiran Austria semasa Perang Dunia II. Seorang Obergruppenführer (Leftenan Jeneral) dalam Schutzstaffel (SS), antara Januari 1943 dan Mei 1945 beliau menyandang jawatan Ketua Jabatan Keselamatan Utama Reich Reichssicherheitshauptamt; RSHA). Beliau merupakan pegawai tertinggi SS yang dibicarakan dalam Perbicaraan Nuremberg. Beliau telah didapati bersalah kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan dan dijatuhi hukuman mati.