Evolusi KL Drift: The Series | |
---|---|
Genre | Aksi, drama |
Pengarah | Syafiq Yusof Rizal Ashreff |
Dibintangi oleh | Syamsul Yusof Zain Saidin Aaron Aziz Norman Hakim |
Penggubah lagu tema | James Baum |
Lagu pembukaan | "Evolusi KL Drift" |
Lagu penutup | "Evolusi KL Drift" |
Penggubah | James Baum |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit | Dato' Yusof Haslam |
Lokasi | |
Tempoh siaran | 44 minit |
Syarikat penerbitan | Skop Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV2 |
Format gambar | |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 4 Oktober 2012 – 21 Mac 2013 |
Evolusi KL Drift: The Series ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 terbitan Skop Productions disiarkan di TV2 dari 4 Oktober 2012 dan hingga 21 Mac 2013.[1][2] Drama ini diadaptasi daripada siri filem Evolusi KL Drift yang diarahkan oleh Syamsul Yusof,[3] treler siri drama ini telah dimuat naik di YouTube pada 7 September 2012, yang mana di belakang tabir siri ini disiarkan pada 27 September 2012 di TV2 sebelum tayangan perdananya.[4]
Drama ini ialah arahan bersama Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff dan diperkuatkan dengan tema kekeluargaan, persabahatan dan percintaan, dibintangi oleh pelakon asalnya iaitu Syamsul, Rizal Ashreff, Aaron Aziz dengan penambahan daripada pelakon baru.
Ia merupakan salah satu daripada lima drama terbitan Skop Productions yang diterbitkan dalam format definisi tinggi bersama-sama dengan Metro Skuad, Gerak Khas, Roda-Roda Kuala Lumpur dan Cinta Dari Marikh.