Faekah Husin | |
---|---|
Maklumat peribadi | |
Lahir | Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 2 Jun 1965
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | ![]() |
Pekerjaan | ahli politik |
Faekah binti Husin (lahir 2 Jun 1965) merupakan bekas ahli politik PKR di Selangor. Beliau seorang peguam dan pemilik firma Faekah & Choung. Beliau adalah bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. sejak 2008. Faekah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) .Tumpuan beliau ialah memajukan hartanah atas nama MBI yang mana beliau adalah CEO. Beliau kekal sebagai Penyelaras DUN sebab Khalid Ibrahim adalah Adun Pelabuhan Klang.
Nama beliau pernah dicadangkan untuk bertanding di kerusi panas DUN Pelabuhan Klang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013. Sebelum itu, pada 2009, Adun Badrul Hisham Abdullah keluar PKR pada Oktober 2009. Kemudian Badrul Hisham menjadi Adun Bebas yang menyokong UMNO. Pada Mei 2010, Badrul menyertai UMNO.[1]
Pada 2 Julai 2014, Faekah diberi surat tunjuk sebab ekoran perbalahan semasa Pemilihan PKR 2014 . Sementara Setiausaha Politik Khalid Ibrahim , Mustapa Mohd RTalib digantung keahlian PKR selama setahun. Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin turut diberi surat tunjuk sebab selerpas pemilihan itu. [2]