Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Faizal Hussein

Faizal Hussein
Faizal di majlis tayangan perdana filem Kalla: Hidup Atau Mati pada Oktober 2018.
Kelahiran
Mohd Faizal bin Hussein

(1967-05-31) 31 Mei 1967 (umur 57)
PekerjaanPelakon, pengacara[1]
Tahun aktif1972–kini
Terkenal keranaWatak Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja
Ketinggian1.80 m (5 ka 11 in)
PasanganSuhaila Sulaiman (k. 2004)
Anak-anak2
IbuAllahyarhamah Mahyon Ismail
BapaAllahyarham Hussein Abu Hassan
Saudara

Mohd Faizal Hussein (lahir 31 Mei 1967) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.[2][3] Dikenali dengan hasil karyanya dalam filem dan televisyen, beliau menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjaya lakonannya termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia. Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman pada tahun 2019.[4]

Dilahirkan dan dibesarkan di daerah Gombak, dalam kawasan Lembah Kelang, Selangor,[a] seluruh ahli keluarga beliau berkecimpung dalam bidang seni kreatif. Beliau ialah anak kepada pasangan pelakon veteran Hussein Abu Hassan dan isterinya, Mahyon Ismail dan sepupu kepada Rosyam Nor.[5][6] Faizal memegang peranan kecil pada usia 5 tahun dalam filem Darah Panglima (1972) arahan S. Kadarisman, diikuti oleh Penyamun Si Bongkok (1973) arahan M. Amin. Filem-filem terkenal beliau termasuk Gila-Gila Remaja (1986), Bayangan Maut dan Kanta Serigala (1991), XX Ray (1992), Leftenan Adnan (2000), KL Menjerit dan Gerak Khas The Movie II (2002), Bunohan (2012), Longkai (2013), Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) dan Dukun (2018). Antara drama-drama lakonan Faizal ialah Fitrah Khadijah (1999), Sembilu (2004), Senja Permai (2009), Lara Hati (2012), Jiwa (2014), Devoted (2019), i-Tanggang (2021) dan One Cent Thief (2022).

Kerjaya antarabangsanya bermula dengan membintangi filem Hong Kong, Fighting Madam 2 (1988) dan filem Indonesia, Misteri Harta Karun (1989). Beliau turut membintangi sebuah siri drama British-Amerika, Strike Back: Revolution (2019). Melangkaui kerjaya lakonan, Faizal melancarkan autobiografi pertamanya, Limelight pada tahun 2012, yang mengisahkan tentang corat-coret dunia perfileman daripada perspektif beliau. Dengan kerjaya yang melangkaui selama lima dekad, Faizal telah diiktiraf sebagai antara pelakon yang paling disegani dalam industri hiburan Malaysia.[7]

  1. ^ Amerul Haswendy Ashari (23 Oktober 2018). Faizal Hussein nak jadi pengarah aksi Harian Metro. Dicapai pada 4 Februari 2019.
  2. ^ "Faizal bukan kejar glamour". Berita Harian. 4 Januari 1994. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  3. ^ Norhayati Nordin (4 September 2016). "Saham Faizal masih tinggi". Harian Metro. Dicapai pada 27 Februari 2020.
  4. ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.
  5. ^ Zul Husni Abdul Hamid (22 Mei 2001). "Faizal sedia jadi pengarah filem". Berita Harian. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  6. ^ Hartati Hassan Basri (12 November 2002). "Ikut jejak bapa". Harian Metro. Dicapai pada 11 Februari 2021.
  7. ^ Roni Hidayat Riduan (8 September 2021). "Hampir Separuh Abad Dalam Dunia Seni, Faizal Hussein Hanya Mahu Bergelar Pelakon… Jaga Penampilan & Kualiti Lakonan Untuk Kekal Relevan". Kopiplanet. Dicapai pada 23 Februari 2022.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


Previous Page Next Page






Faizal Hussein English Faizal Hussein ID

Responsive image

Responsive image