Fanerozoik | |
---|---|
Kronologi | |
Garis masa eon Fanerozoik | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Eon |
Unit stratigrafi | Eonotem |
Pertama kali dicadangkan oleh | George Halcott Chadwick, 1930 |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Kewujudan iknofosil Treptichnus pedum |
Sempadan bawah GSSP | Keratan Fortune Head, Newfoundland, Kanada 47°04′34″N 55°49′52″W / 47.0762°N 55.8310°W |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 1992 |
Takrif sempadan atas | N/A |
Sempadan atas GSSP | N/A |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | N/A |
Fanerozoik[4] merupakan nama untuk eon terkini dan terbaharu antara empat eon geologi yang wujud pada skala masa geologi Bumi, meliputi tempoh masa dari 538.8 juta tahun dahulu sehingga ke masa kini.[5] Ia merupakan tempoh dengan percambahan, pempelbagaian, dan pengkolonian kehidupan haiwan dan tumbuhan di pelbagai ceruk yang ada di permukaan bumi, bermula dengan zaman Kambria apabila haiwan mula perkembangan spesies dari haiwan jenis cengkerang keras, dan terabadi pada rekod fosil. Masa sebelum eon Fanerozoik secara kolektif dipanggil Prakambria, kini terbahagi kepada eon Hadean, eon Arkean dan eon Proterozoik.
Jangka masa eon Fanerozoik bermula dengan kemunculan secara tiba-tiba sejumlah bukti fosil filum haiwan yang menandakan evolusi filum tersebut ke dalam pelbagai bentuk, seperti: evolusi tumbuhan; evolusi ikan, artropoda dan moluska; pengkolonian daratan dan evolusi serangga, kelikerata, miriapoda dan tetrapoda; dan perkembangan fauna moden yang didominasi oleh tumbuhan pembuluh. Dalam jangka masa ini, daya tektonik yang menggerakkan benua telah mengumpul kesemua plat sehingga terbentuk satu daratan luas yang dikenali sebagai Pangea (benua besar terbaharu), yang kemudiannya berpisah menjadi daratan benua semasa.